Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Wednesday, 22 June 2011

Dinar Emas

Kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Thursday, 16 June 2011

Kategori Emas

Emas, perak dan kumpulan platinum dikategorikan sebagai logam berharga @ ‘precious metal’ yang merujuk kepada harga dan permintaan yg tinggi, selain sukar diperolehi. Secara sejarah, sejak zaman dahulu logam-logam ini telah digunakan sebagai matawang dalam urusniaga. Pada masa kini, selain dari digunakan dalam industri pembuatan, logam berharga juga diminati sebagai barangan kemas, pameran kesenian dan aset pelaburan.
Logam berharga ini dibahagikan kepada beberapa jenis menurut ketulenan yg diukur dalam unit millesimal fineness, iaitu unit bahagian perseribu oleh jisim bahan logam terbabit [1]. Sebagai contoh sekiranya logam tersebut mengandungi 85% emas, ia akan dinamakan sebagai “emas 850”.
Emas
Emas (gold, aurum) merupakan logam yg paling berharga masa kini. Selain sistemmillesimal fineness, ketulenan emas  turut boleh dikategorikan mengikut unit karat (K) di mana 24K adalah merujuk kepada emas tulen [2]. Emas tulen juga boleh dirujuk sebagai kandungan emas sebanyak 99.9% atau “emas 999” (millesimal fineness). Jadual dibawah disertakan untuk memudahkan pembacaan, dihasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman kami sepanjang berurusan di dalam bidang ini.
Unit Karat (K)Unit perseribu jisim emas (‰)Peratus kandungan emas    (%)Nama popular di Malaysia
24KEmas 99999.9Emas 10/ Emas Kertas / Chuk Kam
23.16KEmas 96596.5Emas Thailand
22.8KEmas 95095.0
22KEmas 91691.6Emas Singapura
21.6KEmas 90090.0Emas Kelantan/ Emas 9 1/2
21KEmas 87587.5Emas Arab
20.4KEmas 85085.0
20KEmas 83583.3Emas Batu Pahat
19KEmas 79079.0Emas Paun
18KEmas 75075.0
16.8KEmas 70070.0Emas Indonesia
14KEmas 58558.5Emas campur, emas 9
12KEmas 50050.0Emas Indonesia
10KEmas 41641.6
9KEmas 37537.5Suasa
Walaubagaimanapun di pasaran Malaysia, jenis emas yang biasa kita temui adalah emas 999, 916, 835, 750, 585 dan suasa. Secara umumnya emas tulen berwarna kuning, namun terdapat juga emas berwarna lain. Rose gold dihasilkan dengan mencampurkan tembaga dan perak ke dalam emas, manakala emas putih terhasil dengan pencampuran emas dan palladium.
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000

Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
  • Emas Se Amas = 2.551 gm
  • Emas Se Rial =2.70 gm
  • Emas Se Kupang = 0.64 gm
  • Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )                                                                        
  • Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm                                                                     
  • Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm                                                                     
  • Emas 1 Mayam = 3.37 gm




Wednesday, 15 June 2011

Apa Itu Emas?

Emas adalah satu unsur logam dalam jadual kala dengan nombor atom 79 dan simbol Au.

 
KUMPULAN 11 (KUMPULAN KUPRUM)

Dikenali sebagai kumpulan kuprum

Terdiri daripada:

  • Copper (Cu)
  • Silver (Ag) (perak) 
  • Gold (emas) (Au) (emas) 
  • Unununnium (Uuu)
Ini bersifat lengai kecuali roentgenium, logam yang tahan karat digunakan untuk membuat syiling.  
Unsur ini selalunya digunakan untuk membina wayar kerana mempunyai rintangan elektrik yang sangat rendah.  
Dalam masa yang sama, kesemuanya merupakan konduktor elektrik yang baik. 





Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia.



Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.


Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid, campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.