Emas, perak dan kumpulan platinum dikategorikan sebagai logam berharga @ ‘precious metal’ yang merujuk kepada harga dan permintaan yg tinggi, selain sukar diperolehi. Secara sejarah, sejak zaman dahulu logam-logam ini telah digunakan sebagai matawang dalam urusniaga. Pada masa kini, selain dari digunakan dalam industri pembuatan, logam berharga juga diminati sebagai barangan kemas, pameran kesenian dan aset pelaburan.
Logam berharga ini dibahagikan kepada beberapa jenis menurut ketulenan yg diukur dalam unit millesimal fineness, iaitu unit bahagian perseribu oleh jisim bahan logam terbabit [1]. Sebagai contoh sekiranya logam tersebut mengandungi 85% emas, ia akan dinamakan sebagai “emas 850”.
Emas
Emas (gold, aurum) merupakan logam yg paling berharga masa kini. Selain sistemmillesimal fineness, ketulenan emas turut boleh dikategorikan mengikut unit karat (K) di mana 24K adalah merujuk kepada emas tulen [2]. Emas tulen juga boleh dirujuk sebagai kandungan emas sebanyak 99.9% atau “emas 999” (millesimal fineness). Jadual dibawah disertakan untuk memudahkan pembacaan, dihasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman kami sepanjang berurusan di dalam bidang ini.
Unit Karat (K) | Unit perseribu jisim emas (‰) | Peratus kandungan emas (%) | Nama popular di Malaysia |
24K | Emas 999 | 99.9 | Emas 10/ Emas Kertas / Chuk Kam |
23.16K | Emas 965 | 96.5 | Emas Thailand |
22.8K | Emas 950 | 95.0 | |
22K | Emas 916 | 91.6 | Emas Singapura |
21.6K | Emas 900 | 90.0 | Emas Kelantan/ Emas 9 1/2 |
21K | Emas 875 | 87.5 | Emas Arab |
20.4K | Emas 850 | 85.0 | |
20K | Emas 835 | 83.3 | Emas Batu Pahat |
19K | Emas 790 | 79.0 | Emas Paun |
18K | Emas 750 | 75.0 | |
16.8K | Emas 700 | 70.0 | Emas Indonesia |
14K | Emas 585 | 58.5 | Emas campur, emas 9 |
12K | Emas 500 | 50.0 | Emas Indonesia |
10K | Emas 416 | 41.6 | |
9K | Emas 375 | 37.5 | Suasa |
Walaubagaimanapun di pasaran Malaysia, jenis emas yang biasa kita temui adalah emas 999, 916, 835, 750, 585 dan suasa. Secara umumnya emas tulen berwarna kuning, namun terdapat juga emas berwarna lain. Rose gold dihasilkan dengan mencampurkan tembaga dan perak ke dalam emas, manakala emas putih terhasil dengan pencampuran emas dan palladium.
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN
24
CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
- Emas Se Amas = 2.551 gm
- Emas Se Rial =2.70 gm
- Emas Se Kupang = 0.64 gm
- Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
- Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
- Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
- Emas 1 Mayam = 3.37 gm
No comments:
Post a Comment